Isnin, 9 Februari 2009

Salam Takziah


Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia
Azamin Amin Mon Feb 09, 09 1:09:54 pm
BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.


Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi. Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang. "Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi. "Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

Difahamkan wakil rakyat berusia 50 tahun itu dikatakan telah menghantar keretanya ke sebuah pusat cucian kereta berhampiran rumahnya di Changkat Lalang dekat Batu Gajah. Kemudian, selepas mengadu sakit dada beliau meminjam basikal milik pekerja pusat tersebut untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat.

Roslan, 50, ditemui terjatuh di bahu jalan oleh ramai kira-kira pukul 11.15 pagi, kata Ketua Polis Batu Gajah, ACP Najib Mohamad.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memberitahu kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah berada di Hospital Batu Gajah. Roslan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan pernah juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Teknologi Mara di Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak. Malam tadi difahamkan semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan kata seorang kenalan.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Ahad, 8 Februari 2009



Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.

"Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti" menurut Najib."Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah.Walaupun hanya dengan satu majoriti, jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetap setia, kerajaan dapat dikekalkan, katanya."Ingat kerajaan Pas di Kelantan dapat terus kekal untuk beberapa tahun dengan hanya satu majoriti."Walaupun dengan satu majoriti, jika anggota itu kekal setia anda boleh kekal. InsyaAllah, kami berhasrat untuk terus kekal," katanya selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-27 di sini, Sabtu.


Najib berkata apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan "tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan".Beliau berkata BN akan akur dengan keputusan Sultan Perak Sultan Azlan yang telah membuat keputusan selaras dengan perlembagaan.BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran Perak semalam apabila ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru


Majlis itu diadakan di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar di tengah-tengah keengganan bekas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menerima kenyataan bahawa pakatan itu tidak lagi berkuasa.Kerajaan pakatan itu hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri apabila empat wakil rakyatnya meninggalkan parti masing-masing baru-baru ini.Najib juga berkata kini terpulang kepada kepimpinan dan dasar yang bakal diambil oleh kerajaan baru di Perak bagi menarik sokongan rakyat Perak."Saya akan berbincang dengan mereka (pemimpin dan wakil rakyat BN) bahawa perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kita mahu berlaku adil dengan semua kaum dan masyarakat dan kita akan memastikan perkara ini dilaksanakan."Kita juga akan memastikan, ia sebuah kerajaan yang efisyen dan berkesan, dengan kata lain semua program akan dilaksanakan mengikut kehendak rakyat' katanya.

Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.Ditanya mengenai pengambilalihan kerajaan Perak itu, Najib berkata perkara itu dilakukan secara betul dan bukannya tidak betul."Tolong tanya kepada Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini. Mereka uar-uarkan nak tubuh kerajaan 16 Sept."Maknanya prinsip ini, prinsip yang telah disebut PR, prinsip ini mereka terima dan telah cuba amalkan. Mereka nak tumbangkan kerajaan pusat dengan curi 31 Anggota Parlimen BN. Siapa yang mulakan prinsip ini. Bukan BN.Tolong tanya mereka," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.


Beliau berkata BN sebagai kerajaan di Perak sekarang perlu menumpukan usaha membela dan berkhidmat kepada rakyat.Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun diminta berbuat demikian selah-olah derhaka kepada Sultan Perak, Najib berkata apa jua keputusan Sultan itu hendaklah dihormati.Katanya, apa yang diputuskan oleh Sultan Perak, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, pasti baginda amat memahami peranan sebagai Raja Berperlembagaan."Tidak ada sesiapapun patut cabar keputusan Tuanku kerana itu sebagai menghina institusi Raja Berperlembagaan," katanya.
Najib berkata keputusan yang dibuat Sultan Perak adalah dari segi tafsiran perlembagaan dan beliau berharap ia dihormati dan tidak dipersoalkan.Ditanya kemungkinan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Bebas yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional kembali kepada Pakatan Rakyat, Najib berkata: "Mengapa anda suka membuat spekulasi. Perkara itu tidak mungkin terjadi dan jika ia berlaku, saya akan jawab."Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) telah mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN.

Mengulas tindakan penyokong Pakatan Rakyat yang mengadakan tunjuk perasaan sebelum dan semasa istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru berdekatan Istana Iskandariah semalam, beliau berkata BN juga boleh berbuat perkara yang sama."Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.Mengenai pemilihan barisan exco yang boleh mewakili masyarakat kaum India memandangkan kesemua 28 ADUN Perak hanyalah wakil dari Umno dan MCA, beliau berkata perkara itu akan diumumkannya kelak.

BERNAMA


Sabtu, 7 Februari 2009


WARKAH BUAT DATOK SERI IR. NIZAR JAMALUDDIN

Assalamualaikum wmth.wbth.

Dato Seri Ir.Muhamamd Nizar bin Jamaluddin, Saya tak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila Sultan Perak akhirnya melihat 3 orang ADUN Bebas yang tidak beretika, perasuah itu boleh mencukupkan bilangan ADUN untuk mentadbir negeri Perak Darul Ridzuan ini... Juga, baginda sultan juga seperti tidak nampak kelibat bapak perasuah Malaysia nombor wahid itu yang merencanakan itu semua...

Entahlah... ironinya ini semua berlaku masih dalam suasana sambutan jubli perak pemerintahan Baginda Seri Sultan Perak... Saya seperti kehilangan sepucuk payung yang diharap akan dapat dijadikan tempat berlindung jua berteduh dalam pusaran taufan ganas politik lompat-melompat di negeri Perak ini.


Sungguh Dato Seri! Saya amat berharap agar baginda memutuskan untuk membubarkan DUN Perak atau empat DUN yang ADUNnya melompat-melompat itu... Walaupun pada mulanya saya beria-ia mahu agar tidak berlaku pilihan raya kecil kerana senario ekonomi dunia yang kian gawat. Tetapi, melihat begini kesudahannya... apa yang paling adil ialah pembubaran keempat-empat DUN itu... Biarlah rakyat yang memilih kembali siapakah yang berhak menjadi wakil mereka di DUN Perak.Namun, harapan itu kini tinggal harapan...


Saya berharap Dato Seri Ir.Nizar tidak kecewa sangat dengan percaturan politik yang gila babi ini... Ternyata BN dan UMNO bukan seteru yang boleh diacah-acah, dimain-main, ternyata mereka ada kesemuanya... dan yang paling berkuasa ialah wang! Bagi mereka matlamat boleh menghalalkan cara. Selepas ini, kita kumpulkan semula semua cerita-cerita duka ini temasuk bagaimana keempat-empat ekor itu boleh melompat dan kumpulkan sebanyak saksi dan bukti untuk dibawa ke mahkamah... Bukan nak memerintah kembali negeri Perak sangat buat masa sekarang, tapi untuk memerintah Malaysia dalam PRU yang akan datang...


Perjuangan kita sama ada secara zahir atau secara maya wajib diteruskan, kita akan kumpulkan segala episod jijik dan jelek ini bagi menghadapi PRU ke-13 Insya Allah... Belum tentu rakyat menerima seluruhnya percaturan gila ini dan keputusan Baginda Sultan Perak, kerana di sana saya percaya ada lagi keputusan yang lebih adil daripada itu... Tetapi siapalah kita.Serahkanlah jawatan MB yang Najib gila-gilakan itu. Nanti, tentunya beliau akan melantik seseorang yang setaraf dengannya bagi mentadbir negeri ini... Orang seperti Dato Seri tidak akan dapat melawan arus apabila punca arus itu sedang dikawal oleh muka-muka gedebe politik yang tidak pernah ditarbiah serta jahil tentang hukum dan azab Allah S.W.T.


Bagi mereka yang faham bahawa jawatan bukan platform untuk jadi kaya, mengaut kemewahan serta kuasa, malah medan ujian sejauh mana kita berlaku adil terhadap amanah serta tanggungjawab yang diberikan, tentunya kekadang rasa lapang dan tenang apabila tanggungjawab itu tiada lagi. Cuma, saya faham sedihnya kita kerana begitu licik permainan mereka bagi mendapatkan kekuasaan di negeri Perak ini.Saya percaya seluruh rakyat yang cinta akan keadilan tidak merestui apa yang berlaku ini...


Tapi rata-ratanya akan menerima tribulasi ini dengan lapang dada... Tidak mengapa, kita undur selangkah untuk menyusun seribu langkah bagi memecut kehadapan...Itu sahaja yang saya dapat dinukilkan dalam lewat detik yang sayu ini... Semoga sihat sejahtera hendaknya selepas ini... salam ukhuwah daripada saya.Takbirrr....Wassalam...


ditulis LENTERA MINDA

lenteraminda.blogspot.com


Jumaat, 6 Februari 2009

Ahli Jawatankuasa JKKKN Telok Bahang

Bersama berusaha kearah kejayaan kecemerlangan JKKKN Telok Bahang






Khamis, 5 Februari 2009

Perjumpaan Penyelarasan Dan Pemantaun Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang


Catatan : 7 november 2008


KOMTAR-7hb November 2008-Jumaat-


Lebih kurang 300 orang ahli JKKK, ahli Parlimen, YB ADUN, Dato'-Dato' telah menghadiri Taklimat Perjumpaan Penyelarasan dan Pemantauan Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar Negeri Pulau Pinang yang di pengerusikan oleh YB Phee Boon Poh, juga hadir sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, Timbalan KM 1 YB Fairuz Khairuddin, Timbalan Pengarah 1 Shabalah Zainol Abidin. Ketua Menteri menyarankan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri Pulau Pinang dan menjadikan ianya satu realiti.


Seramai 324 kalangan fakir miskin tegar di negeri ini tetapi Ketua Menteri kurang percaya kerana bilangan tersebut tidak tepat dan mengharapkan semua pihak dapat membantu mengenal pasti dan tidak terlepas pandang. Katanya ada dua kategori seramai 123 kalangan adalah yang produktif dan selebihnya adalah kalangan yang tidak produktif. Beliau mahu memastikan rekod yang betul diambil ketika bancian dibuat dan paras kemiskinan tegar adalah dibawah pendapatan RM400.00 seisi keluarga sebulan. Kita harus membatalkan mereka yang tidak layak menerima bantuan baik dari JKM ataupun dari Pusat Urus Zakat. Dan apabila kita mengambil maklumat dan data-data tersebut mestilah dirahsiakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengekploitasikan keadaan.


Akhir sekali beliau juga menyarankan agar kita harus memberi bantuan yang sewajarnya bak memberi ikan ,kita juga memberi jala supaya ianya berjalan serentak barulah itu dikatakan memberi bantuan yang sempurna.



bila Tuah & Jebat bertemu




Sebahagian daripada peserta yang menghadiri taklimat tersebut datang dari seluruh Negeri Pulau Pinang baik dari Pulau juga dari Seberang Perai dan di sertai oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah 1 JKM Tuan Shabalah Zainol Abidin









Majlis Ramah Mesra Hari Keluarga JIM di Telok Bahang

Catatan : 1 november 2008
Hari Keluarga Jemaah Islah Malaysia ( JIM ) Telok Bahang
Hari mengeratkan Siratulrahim antara keluarga JIM telah diadakan di Rumah Rehat JKR Telok Bahang.Antara tetamu yang datang ialah Tuan Speaker Undangan Negeri Pulau Pinang YB Halim Hussain,Ustaz Dr. Daniel,Mohd. Amin Noordin pengerusi JKKK Telok Bahang,Tuan Tuah pengerusi JKKK Titi Teras,Balik Pulau, ahli-ahli Majlis,ahli-ahli JKKK Balik Pulau Dan Telok Bahang dan ramai lagi memeriahkan majlis tersebut.














Tuan Tuah sudi menyampaikan hadiah pada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan khas untuk mereka.




Tidak dinafikan makanan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka,Pengerusi majlis menjalankan tugasan yang baik, menghidupkan suasana pada pagi itu.



Produk kesihatan pun ada,kalau nak jadi pengedar produk Islam,boleh hubungi nombor tertera





Berucap sepatah dua,tapi cukup bernas, kami kusyuk mendengarnya......








Ini adalah Tapai yang sangat baik dan unik buatannya, rasanya manis dibungkus dengan daun pokok getah,dan inilah pertama kalinya penulis blog terjumpa dan sangat teruja,sudahlah manis dibungkus dengan daun yang berangkai,sungguh istimewa.Syabas kepada pembuatnya.










Kami JKKK Telok Bahang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Keluarga pada seluruh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)dan keluarga mereka kerana sudi menjemput kami ke majlis yang sungguh istimewa dan semuga kita sekalian mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita semua.Terima Kasih hingga ketemu lagi.Wassalam.