Khamis, 5 Februari 2009

Banjir Kilat di Telok Bahang



Catatan : 22 oktober 2008


Telok Bahang-Rabu. Hujan Lebat awal pagi tadi telah membanjiri sebahagian kawasan Telok Bahang sedalam dua kaki.Kawasan yang teruk akibat hujan lebat adalah kawasan rumah pangsa kos rendah Sri Indah dan kawasan rumah pangsa kos rendah bersebelahan Taman Negara yang mana hujan kali ini sungai-sungai dan peparitan tidak dapat menampung air yang sangat banyak dimana Empangan Telok Bahang juga melepaskan air tadahan yang berlebihan menyukarkan lagi keadaan.Rumah-rumah di kawasan Kampung Nelayan juga dilanda banjir kilat dan mengalami banyak kerosakan harta benda.Berpunca dari kelewatan mengubahsuaian saluran dibawah titi sungai di sungai Telok Awak keadaan menjadi teruk akibat air hujan tidak dapat keluar ke laut akibat lubang dibawah titi jambatan terlalu kecil dan melambatkan perjalanan air keluar.


Sekitar pukul 2.00pagi hingga pukul 6.00pagi sebahagian ahli jkkk telah membantu penduduk-penduduk yang memerlukan pertolongan memindahkan barang-barang berharga dan mencedok air keluar dari dalam rumah mangsa banjir kilat.Terdapat juga peniaga motorsikal kerugian ribuan ringgit akibat barang-barang seperti perkakas elektrik dan juga motor-motor rosak dalam kejadian itu.Didapati beberapa teping sungai mengalami keruntuhan akibat arus sungai yang sangat deras.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan