Catatan : 23 september 2008

Tinggal 7 hari atau seminggu lagi ramadan akan berakhir dan jika umur panjang di izin kan Allah dapatlah kita menyambutnya lagi tahun hadapan dan harap puasa kita tahun ini dapat dijalankan dengan sabar dan bertakwa, masih ada lagi seminggu untuk kita menghayati ramadan dengan lebih penuh kebaikan mengharapkan keredhaan Allah SWT.Amin. Ramadan datang dan pergi, dan bagi kita janganlah mengharap dapat menunaikan ibadah puasa untuk tahun depan, anggaplah ini Ramadan yang terakhir untuk kita, semuga dapatlah kita menjalan kan ibadah puasa yang mulia ini denggan bersungguh-sungguh dan lebih bertakwa. Dan jika di izin kan Allah jumpa lagi di Ramadan tahun hadapan. Insyaallah.
Masjid Jamek Telok Bahang.

Rezeki ada di mana-mana, usaha itu penting.

Minggu yang terakhir untuk kita berpuasa.

Mai-mai macam-macam kueh ada , cucoq pun ada.

Nasi Kandaq! Macam-macam lauk ada.

Pak Dollah menjual buah-buahan, juadah untuk berbuka puasa lebihkan buah-buahan ketika berbuka.

Pak Dollah digerai usang, harap jkkk dapatlah membantu beliau dari segi baik-pulih dan lebih teratur dan juga kebersihan.

Satay ! Satay! Satay! kegemaran ramai.

Adik kita sedang sibuk melariskan satay demi menambahkan pendapatan untuk digunakan pada Hari Raya nanti. Syabas

Disini ada cucoq, fishball dan banyak lagi

Tua muda semua datang. Berbelanjalah dengan bijak
Apa nak beli ni... kali ni kurang peniaga laa...tak pa tahun depan aku juga nak berniaga
Di sini lah venue Pasar Ramadan iaitu di kawasan rumah pangsa Telok Bahang setiap kali Ramadan, mungkin jkkk boleh usahakan ditempat lain yang lebih sesuai dan teratur.
SELAMAT BERBUKA PUASA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan