Khamis, 5 Februari 2009

Selamat Datang Ke JKKK Telok Bahang


Catatan : 19 september 2008





Selamat datang !

Terima Kasih kerana mengunjungi, ini adalah laman web jkkk baru Telok Bahang dimana kami akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di kawasan kami iaitu kawasan Telok Bahang dan Balik Pulau.

Laman ini adalah dikelolakan oleh ahli-ahli JawatanKuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.Pengunjung-pengunjung juga boleh meninggalkan komen-komen untuk di kongsi bersama-sama demi kemakmuran dan kesejahteraan.


Tujuan portal ini diadakan juga akan memaparkan perkembangan dipersekitaran Telok Bahang yang terkenal dengan tempat pelancungan.


Maklumat tentang tempat kami akan di bentangkan dalam laman ini untuk tatapan pengunjung dari hari ke hari, semuga anda mendapat menafaat dari laman web kami ini, insyaallah.Dan yang paling penting adalah kebajikan penduduk-penduduk yang kami mahu mereka mendapat faedah dari kehidupan seharian.


Dan kalau diperhatikan gambar atas ini, ini adalah sebuah pasar rakyat Telok Bahang, kalau di renungi lebih mendalam gambar ini memberikan seribu satu makna betapa pentingnya pasar demi kehidupan kita semua. Apa akan terjadi kalau kita ke pasar atau dalam bahasa orang Penang.."market" kita dapati harga makanan hampir kesemuanya mahal-mahal belaka?


Renung-renungkan lah.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan